Sabtu, 4 Julai 2020



 CARA CEPAT CLAIM INSURAN EKSIDEN RAMAI KENE TAU!!


topik kali ni.....

(gambo dri sumber internet ye)


        ya Allah..mama  teringat menerima berita pasal kawan mama eksiden pada bulan lepas...hurm..terkejut juge..naseb baik dia takde cedera apa..tp berpusing jugalah kete dia katanya....


jadi mama terfikir...nak tau juga apa step mama perlu buat yer  utk claim insuran jika terjadi apa apa ...maka mama gugle la..hehehe..mama share apa yg mama jumpe..korg kene tau juge tau..kite bersedia awal kan ...

ni mama akses dri sumber vocket..

pentng utk kite tahu  utk membuat laporan polis dan tuntutan insurans:

1. bila terjadi je eksiden... berhentikan kenderaan  di bahu jalan dan pastikan kenderaan  kite tu tidak menghalang lalu lintas...bahya tauu kalau  blok jalan..

2.  segera la keluar dari kenderaan untuk memeriksa kerosakan kenderaan  tu ...kite kene cpt ya mengambil details pihak yang melanggar atau kenderaan yang  kite  langar.

3. penting tau hp kene standby selalu ade bateri sbb nak ambik gmbo  yang melanggar @ dilanggar, nombor plat kenderaan yang melanggar @ dilanggar, roadtax kenderaan yang melanggar @ dilanggar...pentingg!

4. Dapatkan details pemandu kenderaan yang yang melanggar @ dilanggar.

Sebaiknya minta ic mereka dan snap gambar ic mereka. Sekiranya mereka enggan untuk memberikan kerjasama, nyatakan kepada mereka di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan details pihak yang melanggar.(haa..ni mama baruu tau..huhu)...

Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 menyatakan seperti berikut:

Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan

2. (1) “Jika dalam apa-apa hal, disebabkan adanya suatu kenderaan motor di sesuatu jalan, suatu kemalangan berlaku, pemandu kenderaan motor itu hendaklah berhenti dan, jika dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana orang yang mempunyai alasan yang munasabah bagi menghendaki sedemikian, memberikan nama dan alamatnya dan juga nama dan alamat pemunya dan nombor pendaftaran kenderaan motor itu”.

5.  ples cepat dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan yang yang melanggar @ dilanggar.

bila dpt no pemandu tu cpt la missed call dia moga tkde unsur penipuan..manalah tau pemandu tu nak larik ke..jangan nanti nombor tu tidak wujud atau tidak dapat dihubungi.

6. kalau korang rasa kete masih selamat untuk dipandu, segeralah memandu kenderaan  slow slow ke balai polis trafik yang berhampiran untuk membuat laporan polis.

Sekiranya kenderaan anda sudah tidak selamat untuk dipandu, telefon hotline syarikat insurans kereta anda bagi mendapatkan khidmat tow truck dari pihak insurans.

INGAT!!!! JANGAN sesekali tergopoh gapah dengan memberikan keizinan kepada ulat-ulat tow truck yang datang ke tempat kemalangan dan menawarkan khidmat towing ke bengkel mereka.

7. Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis anda akan menjalankan siasatan awal bagi kes kemalangan jalan raya tersebut.

8. Pegawai Penyiasat akan mengeluarkan keputusan kes dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Salinan report akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.

9. Selepas keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan dikeluarkan  oleh pihak polis, anda boleh datang semula ke balai polis tempat anda membuat laporan tersebut untuk membeli salinan keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan bagi kegunaan tuntutan insurans untuk kos membaiki kerosakan kereta anda.

10. Tuntutan kerosakan kereta terhadap pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat secepat mungkin ya.

Sekiranya ada delay dalam membuat tuntutan insurans, perlu membuat surat kepada pihak insurans untuk memaklumkan sebab kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.


11. Sebaiknya hantar kereta anda untuk dibaiki di service centre yang korang maklum...

Jika kereta anda yang dilanggar model Honda, hantar ke Service Centre Honda bagi memastikan kerosakan kereta anda dibaiki dengan sempurna dan segala spare parts digantikan dengan spare parts yang asli model keluaran kereta anda.


kalau mama toyota..so mama kenelah hnto ke toyota yer..

12. Apabila anda menghantar kereta anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.

Kemudianya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.

Jangan risau, NCD insurans kereta anda tidak akan terjejas!

13. Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk menuntut Loss of Use daripada pihak insurans.

Tuntutan bagi Loss of Use adalah tuntutan yang dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar bagi kos kenderaan gantian selama mana kenderaan anda yang dilanggar berada di bengkel bagi urusan repair.

Loss of Use juga bertujuan untuk memberikan wang pampasan kepada anda bagi kos pengangkutan yang terpaksa anda bayar selama mana kenderaan anda tidak boleh digunakan.

14. Ada sesetengah bengkel yang menyediakan kereta gantian untuk anda gunakan.

Namun, bukan semua bengkel ada khidmat itu.

Service Centre contohnya tidak menyediakan khidmat kenderaan gantian untuk anda. Jadi, anda boleh membuat tuntutan Loss of Use daripada pihak insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda.

15. Setelah kereta anda siap dibaiki oleh pihak Service Centre, anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak Service Centre yang anda ingin membuat tuntutan untuk Loss of Use.

Pihak Service Centre akan menyediakan laporan lengkap beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Kebiasaanya laporan dan dokumen untuk tuntutan Loss of Use ini akan dikeluarkan dalam masa 3-5 hari bekerja setelah kereta anda siap dibaiki.

16. Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses.

Dapatkan details officer in charge untuk tuntutan Loss of Use anda dan buat follow up dari semasa ke semasa.

Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan Loss of Use anda sebelum membuat pembayaran kepada anda.(SUMBER VOCKET.COM)


ha.... panjg lebar penerangan ni kan?? 


moga membantulah korg..igt tu..bawak kete molek ya..dan cepat2 claim insuran jgn lmbt......satu lg mama nak pesan..insuran tu biar cover cermin depan k..huhu..


ok..bawak kete molek molek..nak lagi molek meh pakai penapis air dan udara cuckoo la....baru cantik lg umah tu...nak pasangke?


bole wsp mama cuckoo k 0166371460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMINAT HARRY POTTER PASTI GILER SAKAN! COTTAGE ALA BILIK MAGIC GRIFINDOR DIBUKA UNTUK PERCUTIAN!!!!

pada peminat siri HARRY POTTER pasti teruja sangat !! kerana di Britain di Cleveland terdapat satu destinasi percutian yang merupakan kediam...